Wednesday, July 13, 2011

Kenapa drama City Hunter wajib ditonton ♥

Mungkin belum terlambat lagi untuk aku promosikan drama City Hunter yang dah masuk episod ke 14. HA HA HA. Cik Ailebiu dah lama preview pasal drama ni. 

Aku baru saja habiskan 14 episod dalam 2 malam. Bayangkan lepas balik kerja terus tengok drama ni. Apa yang boleh aku simpulkan kat sini adalah jalan cerita drama ni memang diluar jangkaan dan yang pasti setiap kali ending membuatkan hati aku tak sabar nak tengok episod seterusnya.
 


City Hunter salah satu drama yang cuba lari dari adegan cinta yang biasa ditayangkan di TV. City Hunter/Lee Yun-Seong yang dilatih oleh bapanya(Lee Jin-Pyo) untuk membalas dendam atas kematian rakan-rakanya dalam satu misi khas yang berlaku 28 tahun lalu. Dalam waktu yang sama perkenalan dengan Kim Na Na menyebabkan pelbagai konflik berlaku di antara Lee Yun Seong dan bapanya. 

Watak Kim Na Na jugak menarik, seorang wanita yang kuat dan tidak takut dengan apa saja. Atas sebab itu (mungkin) dia  bertugas sebagai 'bodyguard' dan sebagai pemandu sambilan. (Ah baru aku tahu kat Korea ada perkhidmatan macam ni). Kim Na Na juga menyimpan dendam atas kematian ibu dan bapanya.

Konflik antara Lee Yun Seong dan bapanya berterusan apabila Lee Yun Seong enggan mengikut kata ayahnya supaya kesemua musuh dibunuh tetapi punya cara yang tersendiri untuk membalas dendam....

Aku yakin 100% drama ni tak mengecewakan penonton. Tapi ending drama ni tak tau lagi macam mana, sebab masih ada 6 episod lagi. 

Arggghh tak sabar nak tengok episod 15.

OST City Hunter - So goodbye by Jonghyun SHINee

4 Comment:

namaakulynn said... ♥Reply

ramai suggest suruh tgok ini.perlu kot tgok ini.haha.

Hazirah Barakbah said... ♥Reply

anyeong! City Hunter terbaik! Lee Min Ho kalau berlakon sure mantap lahh

Hazzy Ishak said... ♥Reply

@namaakulynn

wajib tengok sebab best sgt

Hazzy Ishak said... ♥Reply

@Hazirah Barakbah

puas dpt tgk drama ni. terbaik

Post a Comment

Feel free to drop by
and comment.

♥ ♥
() () ♥
(^.^) Hwaiting!