Hari ni aku nak review produk penjagaan kulit yang aku dah guna lebih kurang 2 bulan lepas. Kulit yang sensitif dan cepat kering lebih lebih lagi dalam cuaca panas dan persekitaran yang kering ( macam aircond kat office aku ni ha).
Sampaikan aku terpaksa jumpa pakar kulit dan berhabis beratus ringgit pada krim dan ubat gara-gara produk yang tak sesuai dengan kulit. Pheww! Hell no!
Collagen Moistfull dari Etude House menjadi pilihan bagi aku yang baru berjinak-jinak dengan Etude House. Selepas beberapa kali test produk ni, terus suka.
Facial Freshene. Kalau dapat sellers girl yang terlatih dia akan tunjuk lagi cara yang betul macam mana nak apply pada muka. Bukan boleh main hentam je wey. Facial Freshener ni yang seakan-akan air jadi sangat² senang meresap ke dalam kulit. Walaupun produk ni mahal tapi boleh tahan berbulan-bulan sebab botolnya besar. LOL
Lepas dah letak Facial Freshener, boleh la sapukan Essence. Collagen Moistfull Essence membantu menguatkan kulit muka dan memberi keanjalan pada kulit...wah gitu.
Akhir sekali boleh la letak Emulsion, cecair berwarna putih ni membantu melembapkan kulit. Produk ni memang membantu melembapkan kulit aku yang sentiasa kering dan mengelupas sekitar hidung dan bawah mata.
Jadi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering tak hingat macam aku boleh la cuba pakai produk Collagen Moistfull...pasti berbaloi.
Hell yeah!!



8 Comment:
la.
nape tak tempek muka seketul ?
nak jugak tengok.
haha.
:B
menarik!kalo kulit kering tibe2 boleh jugak pakai water based moisturiser :)
@..hizamirahim..
macam mana leh lupa ni? HA HA
@Arenyss
rasanya produk ni memang sesuai dan tak berminyak macam sesetengah produk.
gegirl cantik
I love all products from Etude House :)
ni yg semangat lebih nk beralih ke produk etude house ni..ramai yg review product ni with +ve feedback..tapiiiii sabah belum ada etude house!! T________T
p/s: lama x singgah sini tgk2 dah byk dah brubah blog ni...tgk dari atas smpai bwh semua psl korea hehe...<3
@cik aiLebiu
alahai kesiannya. entah la sekarang ni minat gila sgt dgn KPOP.
Post a Comment
Feel free to drop by
and comment.
♥
♥ ♥
() () ♥
(^.^) Hwaiting!